Kuliah Bisnes ABS

ABS adalah singkatan Ainon Business School.

Berikut adalah respon saya yang merujuk kepada diskusi kuliah ABS di Facebook tanggal 1.2.2013 tentang topik-topik:


Ini latarbelakang MLM saya. Saya mula terpaut kepada MLM semasa saya menjadi seorang intrapreneur disebuah syarikat korporat ICT di Damansara Utama sekitar tahun 1997. Tiga tahun saya dalam Amway dibawah payung Network 21. Tiada sesalan malah saya banyak bersyukur kerana Network 21 banyak merubah saya menjadi insan yang lebih berani dalam bidang pemasaran dan sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah putus asa. Sampai hari ini saya masih setia menggunakan produk Amway.

Pada penghujung 1999 saya nekad tinggalkan bisnes MLM dan juga jawatan saya dalam syarikat korporat tersebut. Idea "burning my bridge" ini hadir apabila syarikat dimana saya bertugas selalu menghantar saya bertugas di UNESCO Bangkok. Semasa disana, saya berpeluang bertemu dan belajar dengan pakar-pakar ICT yang lain dan melihat dengan jelas bagaimana internet boleh merubah cara kita belajar, berbisnes dan kehidupan seharian.  

Bermodalkan duit simpanan sendiri, saya berbisnes secara online dari tahun 2000 hingga kini. Fokus saya adalah bidang "online advertising". Sepanjang perjalanan berbisnes secara maya, saya bergaul, berjumpa dan bertukar pendapat dengan pelbagai ragam manusia dari segenap penjuru dunia termasuklah beberapa orang jutawan-jutawan  MLM generasi baru. Walaupun saya tidak lagi berbisnes MLM, saya tetap membeli dan menggunakan pelbagai produk-produk MLM khususnya produk kesihatan yang ada kalanya hanya dipasarkan melalui MLM.

Apa yang dimaksudkan dengan syarikat MLM generasi baru? Syarikat MLM generasi baru ini selalunya mantap dengan inovasi demi inovasi. Ada juga yang menggunakan strategi EdgeCraft. New Age MLM ini mampu melahirkan 30 jutawan baru dalam masa 3 tahun berbanding "old school" MLM yang juga melahirkan 30 jutawan tetapi dalam masa 10 tahun. New Age MLM ini sangat berjaya di rantau Eropah Timur terutama Rusia. Anda boleh meneliti, mengkaji populariti dan kejayaan syarikat-syarikat MLM generasi baru ini melalui ALEXA. Kini, sebahagian besar, syarikat-syarikat MLM generasi baru ini sudah melebarkan sayapnya di rantau Asia dan memilih Singapura sebagai pusat operasi dan tidak di Malaysia. Apa sebabnya? Industri MLM di negara kita tercalar dek skim harapan cepat kaya. Keduanya, syarat kerajaan Malaysia tidak inovatif dan sudah ketinggalan zaman. Saya cadangkan penggubal dasar di Malaysia membaca buku "The Lean Startup" karya Eric Reis yang juga antara buku wajib baca di kuliah Ainon Business School.

Dipendekkan cerita, secara jujur saya memang mahu kembali berMLM. Saya sedang melakukan persediaan kearah itu. Saya mahu industi MLM menjadi cabang baru sumber pendapatan saya. Pasarannya masih terbuka luas terutama di Indonesia, India dan China. Strategi saya adalah strategi di luar kotak. Sekarang ini saya sudah mula membina jaringan rakanwan  ala Tribe (Syeikh Godin) yang berasaskan kepercayaan (Trust) dan menggunakan platform media sosial. Modus operandi mengikut ajaran Edgecraft. Modal pula SANGAT murah dan berpandukan prinsip-prinsip Lean StartUp. Saya memang memilih siapa yang yang saya mahukan dalam Tribe saya.

Akhir sekali, sempana Jumaat yang mulia ini, Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusanku.

The past does not equal the future.