Analogi Bisnes

Image source: ProjectHimalaya.com

Hayati sedalamnya analogi ini sebelum berbisnes...

"Mungkin kita boleh gunakan perumpamaan pendaki Everest professional dalam hal berani-rugi lawan berani-gagal.

Pendaki Everest itu risk taker.

Mereka bukan ambil risiko membuta tuli. Mereka buat pengiraan risiko. Ada persiapan ilmu  dan skill terlebih dahulu.

Faktor keupayaan fizikal dan ketahanan diambil kira. Cuaca sudah tentu. Bekalan mesti cukup. Ada pembantu-pembantu dalam perjalanan itu.

Mereka pilihan laluan yang selamat. Masa yang sesuai.


Risiko-risiko sepanjang jalan dikenal pasti LEBIH AWAL menggunakan petunjuk daripada pendaki terdahulu. Sentiasa berkomunikasi dengan base camp (mentor).


Bermula dari bawah. Hehehe. Barulah dapat momentum yang sesuai.


Kekuatan diri dan ketahanan diri dapat dibina dan sentiasa dinilai bermula dari bawah. Tak terkejut beruk.


Nasihat pakar sudah tentu dijadikan panduan. Ya, pembakar semangat itu perlu.


Tapi mereka tidaklah "mendaki" hanya berbekal tiupan semangat daripada pakar motivasi yang ada juta-juta. (apa kaitan duit juta-juta dengan kita, betul tak?)


Mula dengan daki bukit dulu. Daki bukit, kemudian gunung, berperingkat kesusahan dan ketinggiannya.


Buat apa beli equipment mahal-mahal, berjenama, canggih, tapi kalau daki bukit pun tidak lepas?


Buat apa pinjam duit untuk business franchise ataupun projek ternakan (sebagai contoh), jika bau lembu tak mandi pun tak boleh tahan?"


~ Muhammad Ooi

Untuk ke laman Facebook beliau, Sila klik DI SINI.